11 August 2023

Pelayanan pastoral untuk orang-orang pekak tidak boleh diabaikan

GENTING HIGHLANDS: Seorang paderi Ordo Suci Sto Fransiskus dari Singapura telah datang ke Malaysia untuk memimpin retret bagi para Pelayanan Katolik untuk Orang Pekak (CMfD).

Fr Rowland Yeo Teck Heng, merupakan paderi Katolik pertama di Asia Tenggara yang melayani Pelayanan Katolik untuk orang-orang pekak di seluruh benua.

Seorang paderi Ordo Suci Sto Fransiskus dari Singapura telah datang ke Malaysia untuk memimpin retret bagi para Pelayanan Katolik untuk Orang Pekak (CMfD).

Beliau berbicara tentang ajaran-ajaran teologi yang dibahagikan dalam beberapa sesi tentang Berkat dan Sakramen-sakramen, Wabak, Perjamuan Malam Terakhir, Musa dan Yesus, Roti Kehidupan dan sebagainya.

Paderi itu berpesan kepada ahli-ahli CMfD agar saling mendoakan antara satu dengan yang lain, menyokong ahli-ahli sepelayanan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama lebih-lebih lagi bagi golongan Katolik yang bermasalah pendengaran.

Melalui topik-topik yang di-sampaikan, para peserta memperdalamkan pengetahuan mereka bahawa iman Katolik telah memainkan peranan penting dalam sejarah manusia khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.

Fr Rowland juga menyatakan harapannya agar semakin ramai paderi yang menyedari keperluan rohani orang-orang pekak.

Katanya, pada masa ini, amat diperlukan para paderi yang tahu berbahasa isyarat agar golongan kurang pendengaran boleh mengikuti Misa Kudus dan melakukan Sakramen Pengakuan.

Retret pada hujung minggu itu telah membawa kebangkitan dan kesegaran iman di kalangan CMfD serta memperbaharui keinginan untuk meneruskan pelayanan untuk golongan pekak.

Sumber: Pelayanan pastoral untuk orang-orang pekak tidak boleh diabaikan (heraldmalaysia.com)

You May Also Like

0 Comments