10 September 2024

Pentahbisan melakar sejarah selepas 44 tahun

MEMBAKUT – “Mungkin inilah sebab hujan lebat selepas 44 tahun baru hari ini ada tahbisan paderi dari ini paroki”, ujar paderi paroki St Patrick Membakut, Fr Boniface Kimsin membuatkan para umat gelak ketawa.

Paroki St Patrick Membakut telah melahirkan seorang paderi yang ketiga sekaligus melakar sejarah selepas 44 tahun. Namun, pada tahun ini, 2024, paroki St Patrick tepat pukul 4.00 petang, 11 Ogos sempena pesta Santa Clara dari Assisi, Misa Kudus Pentahbisan imamat, Friar William Nelson Evarinus Sipalan, OFM anak watan dari Kg Sinoko, Membakut dengan suara penuh sukacita telah mengatakan “YA” dalam menyahut panggilan imamat.

Kemeriahan perjalanan Misa Kudus di dahului oleh paluan kulintangan irama muzik tradisional diiringi tarian oleh beliawan beliawanis lengkap dengan pakaian tradisi. Kehadiran beberapa friar dari Malaysia-Singapore adalah semangat cinta persaudaraan Order Franciscan Minor.

Fr Nalerin Erone dari Serikat Yesus yang juga baru ditahbis pada 31 July turut hadir bersama beberapa rakannya, Fr Andrew Kim (Most Holy Trinity Mirinae, South Korea) dan para paderi keuskupan memancarkan semarak jiwa dalam panggilan imamat.

“Saya harap saya tidak dipanggil untuk bagi ucapan, sebab hujan tapi kena panggil juga”, ujar Uskup Cornelius Piong menggemakan suasana sukacita para umat.

“Kenapa selepas 44tahun? Saya berharap ibu bapa mendoakan panggilan anak-anak kamu untuk menyahut panggilan sebagai imamat, doakanlah anak-anak kamu”, kata Uskup Cornelius dengan penuh harapan.

Kehadiran umat dari Kota Padawan Kuching Sarawak yang memakai pakaian tradisi orang Ulu dan Bidayuh menwujudkan solidariti tanpa mengira jarak dan waktu.

Kesungguhan persiapan acara ini dilaksanakan oleh saudara Adrian @ Thirteen Sodoi merangkap pengerusi MPP dan kerjasama seluruh umat paroki St Patrick.

Suasana hujan tidak menghalang aturcara pentas untuk dilanjutkan, persembahan pentas tetap menarik perhatian umat sebagai sokongan dan kesyukuran.

Sumber: Catholic Sabah

You May Also Like

0 Comments