10 September 2024

Pelayan Komuni Tak Lazim sebagai gembala yang baik

KOTA PADAWAN, Kuching: Ministri Pelayan Komuni Bukan Lazim paroki St Ann Kota Padawan telah mengadakan Rekoleksi Pelayan Komuni Bukan Lazim (PKBL) 2024 di Gereja St Michael, Teng Bukap pada Ogos 3 lalu.

Sesi kali ini bertemakan, “Peranan Pelayan Komuni Bukan Lazim Sebagai Gembala Yang Baik Dan Benar”.

Program ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan Misa Kudus. Diikuti dua perkongsian dan taklimat berkaitan tema PKBL 2024.

Perkongsian bagi sesi pertama disampaikan oleh Katekis Joseph Juni manakala perkongsian kedua disampaikan oleh Friar Don Don Romero Ramerez, OFM.

Pada akhir program, sebuah siborium sumbangan PKBL paroki St Ann Kota Padawan telah diserahkan secara rasmi kepada Friar Don Don selaku Rektor Gereja St Ann Kota Padawan.

Program yang dihadiri seramai 95 PKBL ini tamat pukul 12.30 tengah hari.

Ia akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang sebagai satu program tahunan PKBL Paroki St Ann Kota Padawan.

Sumber: Herald Malaysia

You May Also Like

0 Comments