22 September 2023

Misa Kerahiman Ilahi dirayakan di seluruh Asia

“Jika Yesus tanya kita, adakah anda menyayangi saya?” merupakan soalan yang diajukan oleh Friar Don Don Ramerez, OFM dalam homili beliau semasa merayakan Misa Kerahiman Ilahi di Gereja St Ann, Kota Padawan yang disiarkan secara langsung melalui FacebookYouTube dan aplikasi Zoom bagi seluruh Asia.

Salib merupakan lambang bahawa Tuhan mencintai setiap kita. Persoalannya, adakah kita mencintai Dia?

Tanyalah dalam hati kita, dan jika tidak, semoga kita mendapatkan kesembuhan dan pengampunan daripada Tuhan.

Misa Kerahiman Ilahi bagi seluruh Asia telah diadakan pada 10 Ogos 2023.

Misa tersebut bermula pada jam 7 petang waktu Malaysia yang sama juga dengan waktu di Filipina dan Singapura, manakala bagi Indonesia pula, ia diadakan pada jam 6 petang. Ramai juga umat yang menghadirkan diri untuk mendapatkan kesembuhan dan sentuhan Tuhan melalui Ekaristi.

Sumber: Misa Kerahiman Ilahi dirayakan di seluruh Asia – Today’s Catholic Online (todayscatholic.com.my)

You May Also Like

0 Comments