4 September 2024

Membakut, rai pentahbisan imamat Friar Nelson Sipalan OFM

MEMBAKUT: Akhirnya selepas 44 tahun setelah pentahbisan pertama di St Patrick Membakut pada tahun 1980, seorang pemuda ditahbis sebagai paderi Fransiskan (OFM) pada Ogos 11, 2024.

Akhirnya selepas 44 tahun setelah pentahbisan pertama di St Patrick Membakut pada tahun 1980, seorang pemuda ditahbis sebagai paderi Fransiskan (OFM) pada Ogos 11, 2024.

Lebih 1,500 orang dari Keuskupan Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Sarawak menyaksikan ritus pentahbisan imamat yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

Friar William Nelson Evarinus Sipalan (OFM), 42, mengambil petikan Yesaya 6:8 sebagai tema pentahbisan: Setelah itu, ku dengar suara Tuhan berfirman, “Siapakah yang akan ku utus? Siapakah yang mahu pergi bagi kita” Maka kata ku, “Ini aku, utuslah aku!”.

Dalam ucapannya selepas ditahbis mengatakan, Friar Nelson mengatakan, “Saya telah mendengar panggilan Tuhan dan dengan hati yang terbuka, saya menjawab, “Here am I. Send me! Saya berdoa agar Tuhan terus memberi saya kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan tugas imamat ini dengan penuh kasih dan dedikasi.

Orang kuat sempena Misa Pentahbisan Imamat Friar Nelson, Fr Boniface Kimsin yang juga paderi paroki St Patrick, Membakut mengatakan, “pentahbisan imamat anak watan dari Kg Sinoko, Membakut pada hari ini merupakan sejarah kerana sudah 44 tahun tidak ada pentahbisan imamat di paroki ini.”

Friar Nelson ialah paderi ketiga di paroki ini. Meskipun Fr Saimon William merupakan paderi kedua dari Membakut namun pentahbisannya diadakan di Kota Kinabalu,” jelas Fr Boni yang juga berharap pentahbisan imamat Fr Nelson dapat mengobarkan semangat para belia agar berani menyahut panggilan Tuhan.

Friar Nelson dilahirkan pada Mac 8, 1982 oleh pasangan Evarinus Sipalan dan Stehphanis bte Binsin. Beliau merupakan anak keempat dari sembilan orang adik-beradik.

Sebelum menyertai Fransiskan, Friar Nelson bekerja dalam industri perhotelan selama 12 tahun di resort antarabangsa lima bintang.

Melalui inspirasi daripada karya rohani Sto Fransiskus dari Assisi, Friar Nelson terdorong untuk menyertai Ordo Friars Minor (OFM) sebagai postulan pada Januari 5, 2015 di St James the Marches Johor Bahru.

Selepas banyak berdoa, dalam tahun ketujuh beliau sebagai Fransiskan, Nelson memutuskan untuk menyerahkan hidupnya sebagai Friar Fransiskan dengan melafazkan kaul kekal pada Julai 9, 2022 di Gereja St Aloysius di Limbanak, Penampang.

Friar Nelson telah memimpin Misa Kudus pertamanya di St Philip, Kg Sinoko, Membakut.

Kini, Friar Nelson melayani sebagai pembantu paderi paroki di St Ann Kota Padawan, Kuching, Sarawak bermula Ogos 15, 2024 yang lalu.

Sumber: Herald Malaysia

You May Also Like

0 Comments