10 April 2026

Kepimpinan Baharu OFS Malaysia dipilih

Persaudaraan Kebangsaan yang Sedang Membangun (Emerging National Fraternity) bagi Secular Franciscan Order (OFS) Malaysia baharu sahaja melangsungkan Chapter Elektif Kebangsaan kali ketiga pada Mac 28, 2026 di Pusat Retret Pace Bene, Purak.

PAPAR: Persaudaraan Kebangsaan yang Sedang Membangun (Emerging National Fraternity) bagi Secular Franciscan Order (OFS) Malaysia baharu sahaja melangsungkan Chapter Elektif Kebangsaan kali ketiga pada Mac 28, 2026 di Pusat Retret Pace Bene, Purak.

Proses pemilihan telah dipengerusikan oleh Francis Park OFS, Kaunselor Presidium CIOFS, dan disaksikan oleh Friar Stefan Acatrinei OFM Conv, Pembimbing Rohani Umum (General Spiritual Assistant).

Keputusan Pemilihan Majlis Kebangsaan (2026-2029) ialah jawatan Minister disandang oleh Harry Lawrence Bagguan, Mario Richard Peter selaku Vice Minister, Dympna Richard (Formator), Agatha Karen Diwol (Setiausaha), Julian Kuliling (Bendahari), Juru terjemahan bahasa disandang Jennifer Ann Michael Savrimuthu, Harry Lawrence Bagguan terpilih sebagai Kaunselor Antarabangsa, Councillor Mario Richard Peter (Sub Vice-Councillor).

Kesemua ahli majlis yang terpilih telah menyatakan persetujuan mereka untuk menerima mandat tersebut. Dokumen rasmi ini telah disahkan oleh Setiausaha Chapter, Lindey Easter Apolonius dan Claude Olivia E Jakim, serta diperhatikan oleh jurukira undi (scrutineers), Rachel Anthony dan Jennifer Ann Michael.

You May Also Like

0 Comments