14 March 2023

Friar Cruzender Alex Seru umat berani Utamakan Tuhan

Friar Cruzender mengoles abu di dahi salah satu kanak-kanak

KINARUT – Lebih 600 umat memenuhi gereja Paroki St Augustine, Kinarut dalam Misa Kudus Rabu Abu jam 7.30 pm pada 22 Feb lalu di yang dipimpin oleh Friar Cruzander Alex, OFM.

Friar Cruzander dalam homilinya, menyeru umat untuk berani mengutamakan Tuhan untuk melawan arus dunia yang berlawanan dengan arus kasih.

Dia juga berkata kemajuan dunia memisahkan kita daripada Tuhan kerana kecanggihan alat telekomunikasi menyebabkan manusia mudah jatuh ke dalam dosa.

Hal ini demikian kerana, manusia berpelajaran cenderung untuk meninggalkan nilai moral dan akhlak sehingga ia semakin jauh daripada Tuhan.

Friar meminta umat Katolik merenung dan bertaubat mulai pada hari pertama masa Pra-paska dengan berpuasa, berpantang, berdoa dan beramal.

Tambahnya, banyak kesempatan yang boleh digunakan untuk mengasihi dan berbuat baik agar bebas daripada dosa dengan mengakui dosa serta menerima pengampunan daripada Tuhan.

Source : Catholic Sabah

You May Also Like

0 Comments