13 February 2026

Risen Christ P. Pinang siap siaga untuk Pra-Paskah

Musim Pra- Paskah merupakan satu panggi­lan untuk kembali kepada Tuhan melalui doa, pertobatan dan pem­baharuan hidup, kata Friar Cosmas Francis, OFM semasa memimpin Rekoleksi Persiapan Pra-Paskah di Gereja Katolik Risen Christ pada Januari 25.

PULAU PINANG: Musim Pra- Paskah merupakan satu panggi­lan untuk kembali kepada Tuhan melalui doa, pertobatan dan pem­baharuan hidup, kata Friar Cosmas Francis, OFM semasa memimpin Rekoleksi Persiapan Pra-Paskah di Gereja Katolik Risen Christ pada Januari 25.

Rekoleksi yang berlangsung pada pukul 9.45 pagi hingga 3.00 petang, dianjurkan oleh Apostolat Bahasa dan disertai oleh 75 orang peserta.

Program ini bertujuan mem­bantu umat membuat persiapan rohani yang lebih mendalam men­jelang musim Pra-Paskah.

Rekoleksi ini memberi ruang ke­pada para peserta untuk berhenti seketika daripada kesibukan har­ian, seterusnya memberi tumpuan kepada kehidupan rohani melalui doa, refleksi dan panggilan kepada pertobatan.

Suasana rekoleksi yang tenang dan penuh penghayatan mem­bantu peserta membuka hati un­tuk memperbaharui hubungan peribadi dengan Tuhan.

Sesi utama rekoleksi disampaikan oleh Friar Cosmas Francis, OFM. Beliau menekankan kepentingan doa, keinsafan diri dan penghayatan amal kasih sebagai asas utama dalam perjalanan iman sepanjang musim Pra-Paskah.

Beliau mengajak para peserta untuk menghayati Pra-Paskah bu­kan sekadar sebagai amalan luar­an, tetapi sebagai satu perjalanan pertobatan dalaman yang sejati.

Selain itu, Friar Cosmas turut memberikan penjelasan mengenai amalan puasa dan pantang sepan­jang musim Pra-Paskah, khususnya pemahaman tentang amalan ber­pantang daging pada hari Jumaat, serta makna rohaninya dalam membentuk disiplin dan pengor­banan sebagai umat beriman.

Beberapa peserta berkongsi ba­hawa rekoleksi ini telah membuka kesedaran baharu untuk menjalani kehidupan iman dengan lebih ju­jur, rendah hati dan berbelas kasih terhadap sesama, selaras dengan semangat Injil.

Secara keseluruhannya, rekolek­si ini bukan sahaja memperkukuh iman peribadi peserta, malah turut mengeratkan persekutuan dalam komuniti bahasa di paroki.

Apostolat Bahasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Friar Cosmas Francis, OFM atas kesediaan be­liau membimbing umat dalam re­koleksi ini.

Penghargaan juga ditujukan ke­pada Friar Crispus Mosinoh, OFM, Paderi Paroki Gereja Katolik Risen Christ, atas sokongan dan bimbin­gan beliau yang berterusan terha­dap pelayanan Bahasa Apostolate.

Rekoleksi ini diakhiri dengan sesi soal jawap dan seterusnya jamuan makan tengah hari.

Source: Herald Malaysia

You May Also Like

0 Comments